BRUNEI R/C Helicopter/Airplane Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


WWW.BRUNEIRC.COM - Forum on Radio Controlled Aeromodelling in Brunei
 
HomeSearchLatest imagesRegister
April 2024
MonTueWedThuFriSatSun
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930     
CalendarCalendar
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Latest topics
» On behalf: 2 units Trex 450 Pro for sale....
Maut dirempuh 'pesawat' EmptyThu Oct 27, 2011 8:08 pm by azrc

» BRAND NEW LATEST APPLE IPHONE 4GS 32GB SIM FREE
Maut dirempuh 'pesawat' EmptyTue Oct 11, 2011 12:05 pm by appleproducts

» Order Now:Apple iPhone 4 32Gb,Blackberry Bold Touch 9900
Maut dirempuh 'pesawat' EmptyTue Oct 11, 2011 12:04 pm by appleproducts

» FPV Video in Berakas Pantai
Maut dirempuh 'pesawat' EmptyMon Aug 22, 2011 8:07 pm by didierj

» Âçãëÿäû Í
Maut dirempuh 'pesawat' EmptyThu Aug 04, 2011 7:13 pm by Guest

» áåñïëàòí
Maut dirempuh 'pesawat' EmptyThu Aug 04, 2011 6:30 pm by Guest

» âàíèíî ñå
Maut dirempuh 'pesawat' EmptyThu Aug 04, 2011 11:36 am by Guest

» áåñïëàòí
Maut dirempuh 'pesawat' EmptyThu Aug 04, 2011 9:15 am by Guest

» ïðîñòèòó
Maut dirempuh 'pesawat' EmptyThu Aug 04, 2011 6:53 am by Guest

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Forum
Statistics
We have 90 registered users
The newest registered user is rchobby

Our users have posted a total of 796 messages in 335 subjects
Affiliates

 

 Maut dirempuh 'pesawat'

Go down 
AuthorMessage
azrc

azrc


Posts : 155
Join date : 2007-12-15
Location : Seria,Brunei

Maut dirempuh 'pesawat' Empty
PostSubject: Maut dirempuh 'pesawat'   Maut dirempuh 'pesawat' EmptyFri Mar 05, 2010 12:50 pm

Maut dirempuh 'pesawat'
Hobi ayah ragut nyawa
IPOH: “Saya tak sangka hobi baru ayah bermain kapal terbang kawalan jauh sejak setahun lalu menjadi punca kematiannya walaupun saya tahu ia tidak disengajakan.

“Lebih menyedihkan, saya tak sempat berjumpanya sebelum kejadian dan hanya menatap wajahnya ketika dia koma sebelum menghembuskan nafas terakhir,” kata Ridzuan Mosthafa, 24, anak sulung Mosthafa Osman, 48, yang maut selepas dilanggar sebuah kapal terbang kawalan jauh milik rakannya, kelmarin.

Menurutnya, ketika kejadian, ayahnya bersama beberapa rakan sedang bermain kapal terbang kawalan jauh di Bandar Saujana Putra, dekat Puchong, Selangor, kira-kira jam 10 pagi.

“Saya difahamkan pada hari kejadian, ayah tiba lewat di kawasan berkenaan, manakala rakannya yang lain sudah mula bermain.

“Ketika ayah sedang sibuk memasang dan memeriksa kapal terbangnya, tiba-tiba sebuah kapal terbang milik rakannya hilang kawalan sebelum melanggar belakang kepala ayah,” katanya ketika ditemui di rumah datuknya di Rapat Setia di sini, semalam.

Kesan hentakan kuat itu, mangsa terus rebah di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan dikejarkan Hospital Putrajaya sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Bagaimanapun, mangsa yang juga seorang ahli perniagaan hanya bertahan kira-kira enam jam sebelum menghembuskan nafas terakhirnya jam 4 petang.

Ridzuan berkata, dia tidak bertemu arwah ayah sejak lebih seminggu lalu kerana sebelum ini, ayahnya mempunyai kerja luar di Kelantan selama 10 hari.

Katanya, mereka sekeluarga dimaklumkan mengenai kejadian itu agak lewat kerana ayahnya tidak membawa dompet ketika kejadian dan rakan mangsa terpaksa menggeledah keretanya untuk mendapatkan alamat rumah.

“Sebelum kejadian arwah tidak menunjukkan apa-apa perubahan, cuma dia membeli sebiji bantal dan tilam baru dan apabila ditanya mengapa membelinya, dia hanya mendiamkan diri.

“Namun, saya sama sekali tak sangka itu petanda arwah akan meninggalkan kami untuk selama-lamanya,” katanya.

Jenazah Mosthafa dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Melayu, Sungai Rapat, selepas solat Zuhur, semalam.

Sementara itu, difahamkan ketika kejadian, mangsa sedang membaiki kapal terbangnya, manakala rakannya yang berpengalaman 10 tahun menerbangkan pesawat kawalan jauh khusyuk bermain tanpa mempedulikan mangsa di sebelah.

Sejurus kemudian, kapal terbang yang dikendalikannya mengalami masalah mekanikal sebelum hilang kawalan dan menjunam tepat mengenai kepala mangsa sebelum dia rebah dan pengsan.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohamad Radzi Ishak, berkata ketika kejadian mangsa dan rakannya baru sejam bermain kapal terbang kawalan jauh.

“Polis merakam percakapan seorang lelaki berusia 49 tahun bagi membantu siasatan berhubung kejadian ini,” katanya di sini, semalam.

Mohamad Radzi berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 304(A) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dengan cuai yang memperuntukkan penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Difahamkan, rakan mangsa yang juga pengarah urusan sebuah syarikat dan tinggal di Petaling Jaya, membeli kapal terbang kawalan jauh model Richmodel Quickie 40 di Amcorp Mall, Petaling Jaya, dengan harga RM1,000.

Sementara itu, tinjauan di kediaman mangsa di Taman Perumahan D’Pinggiran Kemuning, Seksyen 30, Kota Kemuning, dekat Klang, semalam mendapati kediaman itu tertutup rapat dan beberapa jiran yang ditemui berkata, semua ahli keluarganya ke Perak bagi urusan pengebumian mangsa.

Seorang jiran mangsa yang enggan namanya disiarkan berkata, dia dimaklumkan beberapa jiran terdekat arwah sebelum itu baru pulang dari tugasan di Kelantan sebelum singgah sebentar di rumahnya meletakkan tilam tradisional dan bantal kekabu yang dibelinya.

“Dia terus mengambil kapal terbang dan bergegas keluar,” katanya menambah arwah sangat peramah malah disenangi masyarakat di situ.

“Dia memang baik dan saya dengar baru-baru ini dia dilantik menjadi imam di sebuah masjid,” katanya. - Mymetro
Back to top Go down
http://www.rcmaziz.blogspot.com
 
Maut dirempuh 'pesawat'
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
BRUNEI R/C Helicopter/Airplane Forum :: General :: SAFETY-
Jump to: